Apabila ada perayaan seperti hari jadi, salah satu hiasan yang selalu ada ialah belon dengan pelbagai warna dan bentuk.
Belon boleh mengembang apabila diisi dengan udara. Ia boleh dilakukan dengan mengepam belon menggunakan alat pengepam belon, mengisinya dengan gas helium atau meniupnya dengan mulut anda sendiri.
Udara yang diisi ke dalam belon dapat membuatkan belon itu mengembang kerana belon itu diperbuat daripada getah iatu bahan yang elastik. Apabila udara memasuki belon, udara akan mengisi ruang kosong di dalam belon dan udara itu akan memberi tekanan pada belon itu sehingga belon mengembang. Walaupun ianya elastik, belon juga boleh meletup jika terlalu banyak udara yang dimasukkan ke dalamnya. Ini disebabkan oleh daya keanjalannya yang telah mencapai had maksimum.
Selain daripada tiga kaedah ini, anda juga boleh membuat belon mengembang tanpa perlu meniupnya, mengepamnya atau mengisinya dengan gas helium. Kita hanya perlu memegang belon yang masih kempis itu untuk sementara waktu, kemudian lihat belon itu mengembang.Wah hebat sekali, ya! Bagaimana cara untuk melakukannya ?
Rahsia bagaimana belon dapat berkembang walaupun kita tidak meniupnya adalah dengan menggunakan dua bahan yang boleh diperoleh di dapur. Dua bahan itu adalah sodium bikarbonat dan cuka yang sering digunakan oleh ibu untuk memasak.Rakan-rakan, adakah bahan itu ada di dapur anda? Sekirannya ada jom kita sediakan bahan seterusnya! Selain cuka dan sodium bikarbonat, anda juga harus menyediakan belon. Kemudian, sediakan juga sebuah botol plastik dan corong yang diperbuat daripada kertas.
Ayuh, jom mulakan! Saksikan video ini untuk megetahui bagaimana caranya!
Wah, belon sudah mengembang! Mudah saja, kan? Cuka dan sodium bikarbonat ini tidak merbahaya tetapi memerlukan pengawasan. Cubalah bersama keluarga anda ... pasti akan teruja!